Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 Mei 2021)

Perincian Daerah
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 96 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,953 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Lahad Datu. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 102 menjadikan jumlah kumulatif 57,770 orang. Seramai 594 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 235 orang di hospital dan 359 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 34 orang dan 22 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon kuning ke zon hijau manakala daerah Semporna berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.
Kluster Kompleks Empat; melibatkan lapan daerah iaitu Kota Kinabalu, Papar, Tuaran, Penampang, Putatan, Ranau, Kota Belud dan Sandakan dan Johor. Kes indeks merupakan pegawai penguatkuasa, lelaki, 32, di Aras 4, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan rentas negeri (dari Kota Kinabalu ke Wilayah Persekutuan Labuan) di klinik swasta pada 05 Mei 2021. Susulan kes itu, saringan kontak rakan sekerja mendapati 14 kes positif di Kota Kinabalu dan tiga (3) kes di Tuaran, sementara Kota Belud, Sandakan dan Papar masing-masing dua (2) kes. Turut mencatat satu (1) kes positif COVID-19 masing-masing di Putatan, Ranau dan Penampang sekaligus menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini sebanyak 27 kes. Setakat hari ini, pasukan kawalan giat menjalankan aktiviti pengesanan kontak.

Daripada 96 kes positif COVID-19, sebanyak 26 kes (27.1%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 10 kes (10.4%) saringan bergejala, 56 kes (58.3%) dari kluster baharu dan sedia ada serta empat (4) kes (4.2%) dari lain-lain kategori