Pasukan Pentadbir Portal Command

  • Pentadbir
    Pentadbir

    Afendy bin Suraip

    Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah


    Mengenai Portal Sabah Command (Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah)

    Sistem ini dibangunkan selaras dengan keperluan untuk mengumpul dan menyelaraskan semua maklumat berkaitan COVID-19 di negeri Sabah khususnya perkembangan jangkitan COVID-19 dan pelbagai maklumat berkaitan. Portal ini telah bermula sebagai satu sistem dalaman untuk pasukan pengurusan bencana COVID-19 yang pada pertama kalinya ditubuhkan dengan nama Sabah COVID-19 Command Centre atau terkenal dengan panggilan 'Command Centre' sewaktu bermulanya pandemik COVID-19 di Sabah pada awal Bulan Mac 2020. Penggunaannya telah diperluaskan kepada umum pada tahun penghujung tahun 2020 atas desakan keperluan maklumat oleh pelbagai pihak khususnya rakyat negeri Sabah yang menginginkan maklumat yang tepat dan terkini daripada pihak Kerajaan.

    Aspirasi 5A
    Aspirasi 5A iaitu Accessible by Anyone, Anytime, Anywhere and by Any device oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri telah memberikan suntikan semangat untuk penubuhan satu portal yang mengumpulkan data seterusnya membolehkannya memaparkannya dalam bentuk dashboard dengan nilai data semasa (real-time). Di Malaysia, kerajaan negeri Sabah merupakan yang pertama seumpamanya menubuhkan portal informasi COVID-19 yang memberikan akses terbuka kepada semua pihak untuk mendapatkan data dan maklumat mengenai perkembangan semasa COVID-19 di negeri ini. Keterbukaan dari segi sumber data sudah semestinya memudahkan pelbagai pihak untuk menggunakan data ini sebaiknya untuk tujuan kebaikan dan unjuran (forecasting) terhadap situasi semasa daripada pelbagai aspek.

  • Infografik
    Infografik

    Mohd Gazali bin Suhaili

    Bahagian Governan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


    Encik Gazali menyumbang bakti dan memberikan bantuan dalam penyediaan infografik COVID-19 sejak tahun 2021. Penyediaan infografik ini merangkumi analisis dan penakulan data kepada bentuk visual yang mudah dipaparkan kepada audiens. Infografik ini dihasilkan pada mulanya oleh Encik Afendy bin Suraip melalui maklumat perkembangan harian COVID-19 yang berlaku di negeri Sabah. Negeri Sabah merupakan antara salah satu negeri pertama dan seumpamanya yang sentiasa dan tidak pernah putus menghasilkan infografik sedemikian sejak bermulanya pandemik ini.

  • Maklumat
    Maklumat

    Syarifah Nurul Ain Atika Putri Hamnis binti Syed Abdul Hamid

    Bahagian Governan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


    Puan Putri telah menyumbang bakti dan memberikan bantuan dalam pengemaskinian dan semakan maklumat sejak tahun 2021. Beliau turut membantu Encik Gazali dalam penyediaan infografik dari aspek semakan maklumat dan bertanggungjawab dalam mengemaskini setiap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri agar tersedia di Portal Command.

  • Media
    Media

    Saddam bin Edris

    Bahagian Governan dan Korporat, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah


    Encik Saddam telah menyumbang bakti dan memberikan bantuan dalam pengemaskinian dan semakan maklumat sejak tahun 2021. Beliau turut membantu Encik Gazali dalam penyediaan infografik dari aspek semakan maklumat dan bertanggungjawab dalam mengemaskini Kenyataan Akhbar dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri agar tersedia di Portal Command.