Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,584 kes. Satu (1) kes kematian direkodkan hari ini iaitu di daerah Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 48 menjadikan jumlah kumulatif 53,733 orang. Seramai 422 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 172 orang di hospital dan 250 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 29 orang dan 13 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Nabawan berubah dari zon jingga ke zon merah, Lahad Datu bertukar dari zon kuning ke zon jingga, manakala Semporna bertukar dari zon hijau ke zon kuning.
Pada hari ini, dua (2) kluster baharu direkodkan.

Kluster Jalan Kastam Baru di Lahad Datu menokok lima (5) kes baharu positif COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak enam (6) kes. Kluster ini mula dikesan pada 25 Mac 2021, apabila kes indek yang merupakan pegawai penguatkuasa disahkan positif melalui saringan bergejala di klinik kerajaan. Susulan kes tersebut, saringan kontak rapat dan saringan tempat kerja dijalankan ke atas 51 orang dengan enam (6) kes didapati positif, manakala 39 lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Inanam Taipan di Inanam pada hari ini mengesan satu (1) lagi kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan (9) kes positif COVID-19. Kes indeks merupakan kakitangan khidmat pelanggan di kedai menjual barangan kemas dan disahkan positif melalui saringan bergejala pada 16 Mac 2021. Berdasarkan penelitian kes, jangkitan tersebut berpunca daripada komuniti.

Daripada 64 kes positif COVID-19, sebanyak 22 kes (34.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, sembilan (9) kes (14.1%) saringan bergejala, 26 kes (40.6%) dari kluster baharu dan sedia ada serta tujuh (7) kes (10.9%) dari lain-lain kategori.