Perkembangan Jangkitan COVID-19 (26 Mac 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 51 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 54,521 kes. Tiada kematian kes COVID-19 direkodkan pada hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh ialah 66 menjadikan jumlah kumulatif 53,685 orang. Seramai 391 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 164 orang di hospital dan 227 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 24 orang dan tujuh (7) orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Penampang berubah dari zon kuning ke zon jingga. Manakala Ranau bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu direkodkan.

Kluster Sawit Sebrang di Daerah Lahad Datu hari ini mencatatkan tujuh (7) kes positif COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak sembilan (9) kes. Kes indeks dikesan positif melalui saringan bergejala di Hospital Lahad Datu pada 22 Mac 2021 disusuli satu (1) lagi kes positif dikesan melalui saringan bergejala pada 24 Mac 2021. Kedua dua kes adalah pekerja Kilang Sebrang, Mukim Silabukan Lahad Datu. Kontak-kontak rapat kes telah dikenalpasti dan punca jangkitan masih dalam siasatan.

Kluster Kolam Lintas di Daerah Penampang melibatkan tujuh (7) pekerja syarikat insuran berpejabat di daerah Penampang yang didapati positif COVID-19. Kes indeks dikesan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 melalui saringan bergejala disusuli enam (6) lagi kes hasil saringan kontak rapat dari kes indeks. Nama kluster berdasarkan nama tempat kesemua kes bekerja atau membuat lawatan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

Daripada 51 kes positif COVID-19, sebanyak 28 kes (54.9%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, enam (6) kes (11.8%) saringan bergejala, 15 kes (29.4%) dari kluster baharu dan sedia ada serta dua (2) kes (3.9%) dari lain-lain kategori.