Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 157 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,752 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 178 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,362 orang. Pada hari ini juga sejumlah 800 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 263 orang di hospital, 529 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan lapan (8) orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 37 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kuala Penyu berubah dari zon kuning ke zon hijau. Manakala Beluran dan Tambunan berubah dari zon jingga ke zon kuning.

Peningkatan kes pada hari ini berpunca daripada Kluster Sinsingon di Nabawan yang dikenal pasti telah menular ke tiga (3) buah daerah iaitu Kota Kinabalu dengan catatan 18 kes positif COVID-19, Keningau 38 kes dan Nabawan 65 kes. Setakat hari ini, 65 lagi kes positif dikesan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 135 kes. Bilangan yang telah disaring ialah 270 orang (72.9%) berbanding jumlah penduduk seramai 370 orang merangkumi 65 kes positif, 69 kes negatif dan 61 kes lagi adalah keputusan yang belum diketahui.

Pada hari ini, tiada kluster baharu direkodkan.

Daripada 157 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 45 kes (28.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 11 kes (7%), saringan kluster sedia ada 90 kes (57.3%) dan 11 kes (7%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,698 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 14.04%.