Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 Februari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 93 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 52,466 kes. Tiada kes kematian direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, seramai 127 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 51,052 orang. Pada hari ini juga sejumlah 785 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 283 orang di hospital, 492 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam dan 10 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 41 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan pada hari ini.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 93 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 45 kes (48.4%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 12 kes (12.9%), saringan kluster baharu dan sedia ada 31 kes (33.3%), PERKESO dan lima (5) kes (5.4%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di hospital COVID-19 sebanyak 785 unit, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam berjumlah 3,913 unit dan jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara pula 1,000 unit. Ini menjadikan jumlah kapasiti katil ialah 5,698 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 13.78%.