Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 Januari 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 406 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 45,008 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini, iaitu dua (2) kes di Sandakan dan satu (1) kes di Kota Kinabalu. Takziah diucapkan kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 416 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 40,549 orang. Sejumlah 2,926 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 808 orang di hospital, 2,108 orang di PKRC dan 10 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 84 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beluran bertukar dari zon merah ke zon jingga. Manakala Daerah Nabawan berubah dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, dua (2) kluster baharu dilaporkan:

I. Kluster Balibata, melibatkan tiga (3) kes baharu di Beaufort dan Sandakan menjadikan jumlah kumulatif 35 kes. Kes indeks dikesan semasa saringan merentas negeri balik ke Semenanjung dari Sabah pada 11 Januari 2021 yang telah menghadiri pengebumian dan majlis tahlil arwah ibunya di Kg Balibata, Beaufort. Saringan kontak rapat pula mendapati 34 lagi individu positif termasuk empat (4) ahli keluarga di Sandakan. Aktiviti saringan masih giat dijalankan.

II. Kluster KKIP Selatan melibatkan tujuh (7) kes baharu di Kota Kinabalu dengan jumlah kumulatif 14 kes. Kes indeks dikesan melalui kes saringan individu bergejala pada 11 Januari 2021 di klinik kesihatan swasta dan merupakan individu bukan warganegara yang bekerja di kilang pembuatan mi. Saringan tempat kerja dan kontak rapat mendapati 13 lagi kes positif.

Daripada 406 kes positif COVID-19 yang dicatatkan, sebanyak 264 kes (65.02%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 77 kes (18.97%), saringan kluster baharu dan sedia ada 20 kes (4.93%), saringan pelajar masuk asrama tujuh (7) kes (1.72%), saringan tempat kerja enam (6) kes (1.48%) dan 32 kes (7.88%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,081 unit. Manakala, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam pula berjumlah 4,634 unit. Jumlah katil di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara pula kekal 1,100 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,815 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 42.93%.