Penganjuran Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi Kerajaan


YB Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah melalui surat arahan yang bertarikh 09 Februari 2022 menyarankan supaya penganjuran majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan yang telah dijadualkan hendaklah ditunda atau diadakan secara atas talian.

Meskipun begitu, sekiranya penganjuran sesuatu majlis yang memerlukan kehadiran secara fizikal, pihak penganjur hendaklah memastikan setiap jemputan atau individu yang hadir untuk menjalankan pre-event test iaitu membuat ujian pengesanan COVID-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri (saliva) atau daripada pengamal perubatan yang sah.

Tempoh penganjuran majlis juga dihadkan kepada maksimum dua (2) jam dan dengan ruang kapasiti 1/3 daripada kapasiti maksima premis penganjuran.

Arahan ini adalah selaras dengan peningkatan jumlah kes yang mendadak beberapa hari ini yang kebanyakannya disumbang oleh institusi pendidikan dan tempat kerja.

SURAT ARAHAN YB SKN PENGANJURAN MAJLIS RASMI DAN TIDAK RASMI KERAJAAN 09 FEBRUARI 2022 001