Perkembangan Jangkitan COVID-19 (07 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 248 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,786 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Kota Kinabalu dan Semporna. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 299 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,801 orang. Sejumlah 1,990 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 627 orang di hospital dan 1,363 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 70 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada Penambahan zon merah pada hari ini.

Tiada kluster baharu dicatatkan.

Daripada 248 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 126 kes (50.81%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 14 daerah, 61 kes (24.60%) daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 36 kes (14.52%), saringan komuniti tujuh (7) kes (2.8%) dan 18 kes (7.26%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,029 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah
5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,806 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.24%.