Perkembangan Jangkitan COVID-19 (06 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 250 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,538 kes. Tiada kes kematian direkodkan.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 193 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,502 orang. Sejumlah 2,013 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 615 orang di hospital dan 1,398 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 27 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu betukar dari zon hijau ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Sandakan iaitu Kluster Pulau Berhala mencatatkan 23 kes menjadikan kumulatif 24 kes. Kluster ini dikesan melalui saringan komuniti di Pulau Berhala.

Daripada 250 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 107 kes (42.80%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 11 daerah, 60 kes (24%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 29 kes (11.60%), saringan komuniti 32 kes (12.80%) dan 22 kes (8.80%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,026 unit. Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,803 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.59%.