Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 391 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 30,288 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan iaitu masing-masing satu (1) di Daerah Kota Kinabalu dan Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 263 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,309 orang. Sejumlah 1,932 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 621 orang di hospital dan 1,311 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 22 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Keningau bertukar dari zon jingga ke zon merah. Manakala Kota Marudu dan Sipitang berubah dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, Terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan iaitu:


i. Kluster Jalan Domis di Daerah Penampang sebanyak dua (2) kes hari ini dengan kumulatif 12 kes. Kluster ini berkaitan dengan majlis penghormatan terakhir dan pengebumian; dan


ii. Kluster Batu Tiga di Daerah Tawau sebanyak satu (1) kes hari ini menjadikan kumulatif 28 kes. Kluster ini berkaitan dengan kontak rapat rakan sekerja di sebuah kilang memproses makanan laut..

Daripada 391 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 189 kes (48.34%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 15 daerah, 104 kes (26.60%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 35 kes (8.95%), saringan komuniti 40 kes (10.23%) dan 23 kes (5.88%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,026 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah 5,777 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,803 unit. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 28.4%.