Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 320 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,897 kes. Tiada kes kematian dilaporkan.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 405 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 27,046 orang. Sejumlah 1,999 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 631 orang di hospital dan 1,368 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini.

Daripada 320 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 187 kes (58.44%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat di 13 Daerah. Manakala 36 kes (11.25%) daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 41 kes (12.81%), saringan komuniti 30 kes (9.38%) dan 26 kes (8.13%) adalah dari lain-lain kategori.

Kota Kinabalu mencatatkan kes kontak rapat tertinggi (50 kes), Sandakan (42 kes) dan Penampang (26 kes).

Jumlah kapasiti katil di Hospital COVID-19 adalah sebanyak 1,026 unit.
Sementara, di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah
5,696 unit menjadikan jumlah keseluruhan 6,722 unit. Terdapat penambahan
19 katil di Hospital Semporna. Peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 29.74%.