Perkembangan Jangkitan COVID-19 (03 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 310 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,577 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 408 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 26,641 orang. Sejumlah 2,139 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 622 orang di hospital dan 1,517 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 62 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Terdapat tiga (3) kluster baharu dicatatkan pada hari ini iaitu :

i. Kluster Perdana Enam yang berpunca daripada saringan kontak rapat dan rakan sekerja di salah sebuah pasar raya dengan 10 kes menjadikan kumulatif 25 kes.

ii. Kluster Jalan Kilang yang berpunca daripada saringan kontak rapat dan rakan sekerja di salah sebuah kilang dengan 16 kes menjadikan kumulatif
24 kes.

iii. Kluster Jalan Kubota di Daerah Tawau merekodkan sebanyak 14 kes berkaitan dengan saringan individu bergejala

Daripada 310 kes positif COVID-19 pada hari ini, 160 kes (51.61%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 59 kes (19.03%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 52 kes (16.77%), saringan komuniti 16 kes (5.16%) manakala 23 kes (7.41%) adalah dari lain-lain kategori.

Jumlah katil di Hospital COVID-19 ialah sebanyak 1,007 unit, manakala jumlah katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) pula adalah 5,696 unit. Jumlah kapasiti keseluruhan katil ialah 6,703 unit dengan peratus penggunaan katil pada hari ini adalah 31.91%.