Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 229 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,267 kes. Dua (2) kes kematian dilaporkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 260 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 26,233 orang. Sejumlah 2,219 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 597 orang di hospital dan 1,622 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 58 orang dan 12 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Tiada kluster baharu direkodkan pada hari ini. Berbanding jumlah kes yang dilaporkan semalam, perkembangan pandemik COVID-19 hari ini memaparkan lapan (8) daerah mencatat kes menurun, 10 daerah lagi kekal manakala sembilan (9) daerah mencatat penambahan kes. Dari sudut pengelasan zon pula, tiada perubahan warna dikesan bagi 27 daerah di Sabah.

Daripada 229 kes positif COVID-19 pada hari ini, 104 kes (45.41%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 39 kes (17.03%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 39 kes (17.03%), saringan komuniti 25 kes (10.91%) dan 22 kes (9.60%) adalah dari lain-lain kategori.