Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 Disember 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 267 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,038 kes. Tiga (3) kes kematian dilaporkan iaitu dua (2) kes di Daerah Kota Kinabalu dan satu (1) kes di Daerah Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahTiada penambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu:

i. Kluster View Kolombong mencatatkan sebanyak 31 kes menjadikan jumlah kumulatif 40 kes; dan
ii. Kluster Talang-Talang mencatatkan sebanyak satu (1) kes hari ini dan jumlah kumulatif 18 kes.

Daripada 267 kes positif COVID-19 hari ini, 116 kes (43.45%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 54 kes (20.22%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 31 kes (11.61%), saringan komuniti 40 kes (14.98%) dan 26 kes (9.74%) adalah dari lain-lain kategori.