Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 326 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,771 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan di Daerah Lahad Datu. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahTiada penambahan zon merah pada hari ini.

Tiada kluster baharu dilaporkan pada hari ini.

Daripada 326 kes positif COVID-19 hari ini, 153 kes (46.93%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 101 kes (30.98%) daripada saringan kluster sedia ada, saringan bergejala 28 kes (8.59%), saringan komuniti 17 kes (5.21%) dan
27 kes (8.28%) adalah dari lain-lain kategori.