Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 290 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 28,445 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan di Daerah Tawau. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahDaerah Keningau berubah dari zon merah ke zon jingga. Manakala Kalabakan bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Batu Lima mencatatkan sebanyak 27 kes berkaitan dengan saringan kontak di Kilang Besi.

Daripada 290 kes positif COVID-19 hari ini, 128 kes (44.14%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 90 kes (31.03%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 23 kes (7.93%), saringan komuniti 11 kes (3.79%) dan 38 kes (13.10%) adalah dari lain-lain kategori.