Perkembangan Jangkitan COVID-19 (27 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 441 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 27,679 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan di Daerah Semporna. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 738 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 24,519 orang. Sejumlah 2,027 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,364 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dan 21 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon jingga ke zon merah. Manakala, Kalabakan bertukar dari zon kuning ke zon merah.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Jalan Tuaran mencatatkan sebanyak 34 kes berkaitan dengan saringan pekerjaan di Kilang Sabah Steel Industries.

Daerah Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi pada hari ini. Daripada 132 kes sebanyak 34 kes adalah daripada Kluster Jalan Tuaran, Kluster Sutera (18 kes) dan Kluster Rumah Merah (4 kes). Manakala saringan kontak rapat (65 kes), saringan bergejala (8 kes), saringan kendiri (2 kes) dan saringan sebelum kerja (1 kes).