Perkembangan Jangkitan COVID-19 (25 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 293 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 26,912 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu kedua-dua kes di Daerah Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 1,934 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 21,655 orang. Sejumlah 2,064 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 635 orang di hospital dan 1,429 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 65 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini, Kalabakan disenaraikan sebagai sebuah daerah dan dimasukkan dalam senarai zon kuning.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Lahad Datu iaitu Kluster D’Bajaru mencatatkan sebanyak 56 kes hasil saringan komuniti di Kg Dasar Baru dan Kg Desa Bajau.