Perkembangan Jangkitan COVID-19 (24 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 232 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 26,619 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) kes di Daerah Lahad Datu dan satu (1) kes di Daerah Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 833 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif 19,721 orang. Manakala, seramai 2,266 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 671 orang di hospital dan 1,595 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 79 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning. Manakala Daerah Beluran berubah dari zon jingga ke zon merah.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 232 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 96 kes (41.38%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Lahad Datu, Beluran dan Kota Belud yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 136 kes adalah dari lain-lain kategori.