Perkembangan Jangkitan COVID-19 (23 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 289 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 26,387 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Sandakan dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 416 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,250 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 667 orang di hospital dan 1,583 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 75 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 289 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 135 kes (46.71%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 154 kes adalah dari lain-lain kategori.