Perkembangan Jangkitan COVID-19 (22 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 311 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,193 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 398 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,385 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 660 orang di hospital dan 1,725 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 311 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 102 kes (32.80%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang dan Tawau yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 209 kes adalah dari lain-lain kategori.