Perkembangan Jangkitan COVID-19 (21 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 346 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 25,787 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing satu (1) kes di Daerah Keningau, Kudat dan Lahad Datu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 369 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,373 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 645 orang di hospital dan 1,728 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 72 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort dan Beluran bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daripada 346 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 127 kes (36.71%) adalah dari Daerah Kota Kinabalu, Lahad Datu, Sandakan dan Kudat yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 219 kes adalah dari lain-lain kategori.