Perkembangan Jangkitan COVID-19 (20 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 512 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 25,441 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Tawau dan satu (1) di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 300 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,268 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 orang di hospital dan 1,627 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 70 orang dan 16 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah direkodkan pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu dilaporkan di Daerah Tawau iaitu: (i) Kluster Kasir mencatatkan sebanyak 8 kes.

Daripada 512 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 194 kes (37.89%) adalah berpunca dari Kluster Sabaru di Lahad Datu. Manakala, selebihnya iaitu 318 kes berpunca dari lain-lain kategori seperti saringan kontak rapat, saringan bergejala dan saringan komuniti.