Perkembangan Jangkitan COVID-19 (19 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 660 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 24,929 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing- masing di Daerah Sandakan dan Lahad Datu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 419 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,202 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 646 orang di hospital dan 1,556 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom bertukar dari zon hijau ke zon kuning.

Pada hari ini, tiada kluster baharu dilaporkan.

Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini. Daripada 316 kes yang direkodkan, sebanyak 218 kes adalah daripada Kluster Penjara, Kluster Jambatan B (18 kes), Kluster Bomba (9 kes), Kluster Karamunting (3 kes), Kluster Mesra (2 kes) dan Kluster Bongaya (1 kes). Manakala saringan kontak rapat (55 kes), saringan bergejala (7 kes) dan masing-masing satu (1) kes daripada saringan kemasukan hospital, saringan masuk kerja dan saringan Brought In Dead (BID).

Manakala Daerah Lahad Datu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 105 kes. Daripada jumlah ini, Kluster Sabaru (91 kes), Kluster Haven (1 kes), saringan bergejala (11 kes), saringan komuniti (1 kes) dan saringan kendiri (1 kes).