Perkembangan Jangkitan COVID-19 (18 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 387 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 24,269 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan di Daerah Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 237 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,000 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 634 orang di hospital dan 1,366 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon kuning ke zon jingga.

Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu dilaporkan iaitu:

(i) Kluster Sabaru di Daerah Lahad Datu mencatatkan sebanyak 70 kes;
(ii) Kluster Garden di Daerah Tawau tiga (3) kes; dan
(iii) Kluster Tomher di Daerah Ranau 12 kes.

Daripada 387 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 205 kes (52.97%) adalah berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau (135 kes) dan Kluster Sabaru (70 kes) di Daerah Lahad Datu.

Daerah Tawau mencatatkan kes tertinggi pada hari ini. Daripada 169 kes yang direkodkan, sebanyak 135 kes adalah daripada Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, 12 kes Kluster GK, Kluster Garden (3 kes) dan Kluster Tanamera (1 kes). Manakala saringan kontak rapat (7 kes), saringan bergejala (5 kes), saringan kendiri (3 kes), dan masing-masing satu (1) kes daripada saringan kemasukan hospital, saringan pengiring dan saringan pembedahan.

Manakala Daerah Lahad Datu pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 80 kes. Daripada jumlah ini, Kluster Sabaru (70 kes), saringan bergejala (3 kes), saringan kontak rapat (2 kes), saringan komuniti (2 kes) dan masing-masing satu (1) kes daripada saringan petugas kesihatan, saringan tempat kerja dan saringan Brought In Dead (BID).