Perkembangan Jangkitan COVID-19 (17 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 499 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,882 kes. Hari ini empat (4) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Kota Kinabalu dan masing-masing satu (1) di Tawau dan Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 526 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 1,997 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 610 orang di hospital dan 1,387 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada tambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan iaitu:

(i) Kluster Avenue di Daerah Penampang mencatatkan sebanyak 110 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan; dan
(ii) Kluster Kejora di Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 9 kes.

Daripada 499 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 271 kes (54.31%) adalah berpunca dari Kluster Penjara Sandakan (122 kes) dan Kluster Avenue (106) di Daerah Penampang. Keputusan ujian saringan ini baru diperolehi dari makmal swasta yang dilantik.

Daerah Sandakan mencatatkan kes tertinggi pada hari ini. Daripada 165 kes yang direkodkan, sebanyak 122 kes adalah daripada Kluster Penjara Sandakan,
19 kes Kluster Mesra dan masing-masing satu (1) kes daripada Kluster Istimewa
dan Kluster Tinusa. Manakala 19 Kes daripada saringan kontak rapat, dua (2) kes saringan bergejala, dua (2) kes saringan Brought In Dead (BID) dan masing- masing satu (1) kes daripada saringan kemasukan hospital dan saringan komuniti.

Manakala Daerah Penampang pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 115 kes. Daripada jumlah ini, Kluster Avenue (106 kes), saringan bergejala (3 kes), saringan kontak rapat (2 kes), saringan pekerjaan (2 kes), saringan kendiri (1 kes) dan saringan pra pekerjaan (1 kes).