Perkembangan Jangkitan COVID-19 (16 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 288 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,383 kes. Hari ini empat (4) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Kota Kinabalu dan dua (2) di Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 372 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,346 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,661 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 63 orang dan 18 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu:
(i) Kluster Matambai mencatatkan sebanyak 21 kes.

Daripada 288 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 114 kes (39.58%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Penampang yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 174 kes adalah dari lain-lain kategori.