Perkembangan Jangkitan COVID-19 (15 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 381 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 23,095 kes. Hari ini tiga (3) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Sandakan dan satu (1) di Semporna. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 566 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,404 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 685 orang di hospital dan 1,719 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 64 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu iaitu:

(i) Kluster Plaza di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 12 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan The Shore ; dan
(ii) Kluster Jalan Kalabakan di Daerah Tawau sebanyak 22 kes juga berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan.

Daripada 381 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 129 kes (33.86%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 252 kes adalah dari lain-lain kategori.