Perkembangan Jangkitan COVID-19 (14 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 391 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 22,714 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan di Daerah Kota Kinabalu. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 358 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,475 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 678 orang di hospital dan 1,797 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 65 orang dan 23 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tenom berubah dari zon kuning ke zon hijau. Manakala, Daerah Beaufort bertukar dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu iaitu:

(i) Kluster Alila di Daerah Tuaran sebanyak 23 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan Alila Resort ; dan
(ii) Kluster Istimewa di Daerah Sandakan sebanyak 16 kes.

Daripada 391 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 136 kes (34.78%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 255 kes adalah dari lain-lain kategori.