Perkembangan Jangkitan COVID-19 (13 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 556 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 22,323 kes. Hari ini satu (1) kes kematian dicatatkan iaitu di Daerah Tuaran. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 447 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,472 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 663 orang di hospital dan 1,809 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 66 orang dan 24 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu di Daerah Sandakan iaitu:

(i) Kluster Jambatan B sebanyak 30 kes; dan
(ii) Kluster Bonggaya sebanyak 46 kes.

Daripada 556 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 199 kes (35.79%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 357 kes adalah dari lain-lain kategori.

Daerah Sandakan merekodkan kes tertinggi sebanyak 223 kes. Daripada jumlah ini, 87 kes adalah daripada saringan kontak rapat. Manakala, 33 kes daripada Kluster Bonggaya, 31 kes Kluster Karamunting, 18 kes Kluster Jambatan 2, 17 kes Kluster Mesra, 16 kes Kluster Samudera, tiga (3) kes Kluster Penjara, dua (2) kes Kluster Tinusa, satu (1) kes saringan komuniti, enam (6) daripada saringan bergejala, satu (1) kes Sign Off dan lapan (8) kes daripada saringan sebelum bekerja.