Perkembangan Jangkitan COVID-19 (12 November 2020)

×

kesilapan

Error creating image for images/thumbnails/ifa/thumb_ifa_logo.png
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 319 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,767 kes. Hari ini satu (1) kes kematian dicatatkan iaitu di Daerah Tawau. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 543 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,900 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 714 orang di hospital dan 2,186 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Kota Kinabalu iaitu:

(i) Kluster Teluk mencatatkan sebanyak 30 kes berkaitan dengan pekerja tapak pembinaan di Teluk Likas.