Perkembangan Jangkitan COVID-19 (11 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 259 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,448 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu satu (1) di Daerah Sandakan dan satu (1) di Kota Kinabalu. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 553 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,935 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 739 orang di hospital dan 2,196 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Ranau bertukar dari zon jingga ke zon kuning, Manakala Daerah Nabawan dari zon kuning ke zon hijau.

Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan iaitu:

(i) Kluster Karamunting di Daerah Sandakan sebanyak 21 kes;
(ii) Kluster Saga di Daerah Kota Kinabalu sebanyak sembilan (9) kes; dan
(iii) Kluster Haven di Daerah Lahad Datu sebanyak 11 kes