Perkembangan Jangkitan COVID-19 (10 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 397 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 21,189 kes. Hari ini enam (6) kes kematian dicatatkan iaitu dua (2) di Daerah Sandakan, dua (2) di Semporna dan masing-masing satu (1) di Kota Kinabalu dan Telupid. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.

Perincian DaerahPada hari ini, seramai 356 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,903 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 744 orang di hospital dan 2,159 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kota Marudu berubah dari zon merah ke zon jingga, Daerah Ranau bertukar dari zon kuning ke zon jingga. Manakala, Daerah Kinabatangan dari zon jingga ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu direkodkan iaitu:
(i) Kluster GK Tawau di Daerah Tawau sebanyak 49 kes;
(ii) Kluster Liawan di Daerah Keningau sebanyak 24 kes; dan
(iii) Kluster Tatahan di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 18 kes.

Daripada 397 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 150 kes (37.78%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Lahad Datu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 247 kes adalah dari lain-lain kategori.

Daerah Semporna dan Kunak tiada mencatatkan kes pada hari ini disebabkan keputusan sampel bagi kedua-dua daerah tersebut belum diperolehi dan akan diketahui dalam tempoh 72 jam (3 hari).