Perkembangan Jangkitan COVID-19 (09 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 370 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 20,792 kes. Hari ini tujuh (7) kes kematian dicatatkan iaitu tiga (3) di Daerah Sandakan, dua (2) di Kota Kinabalu dan masing-masing satu (1) di Tuaran dan Tawau. Takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 967 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 2,992 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 753 orang di hospital dan 2,239 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 68 orang dan 20 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Kunak bertukar dari zon merah ke zon jingga hari ini.


Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu direkodkan iaitu:
(i) Kluster Numbak di Daerah Kota Kinabalu sebanyak lapan (8) kes.
(ii) Kluster Nahaba di Daerah Kota Belud sebanyak 25 kes.

Daripada 370 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 131 kes (35.41%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu, Tuaran dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 239 kes adalah dari lain-lain kategori.

Perincian Daerah