Perkembangan Jangkitan COVID-19 (08 November 2020)

×

kesilapan

Error creating image for images/thumbnails/ifa/thumb_ifa_logo.png
Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 524 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 20,422 kes. Hari ini dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu satu (1) di Daerah Tawau dan satu (1) di Sandakan. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 512 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital.
Manakala, seramai 3,481 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 767 orang di hospital dan 2,714 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 74 orang dan 19 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada penambahan zon merah pada hari ini.

Daripada 524 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 252 kes (48.09%) adalah dari Daerah Tawau, Kota Kinabalu dan Sandakan yang berpunca dari saringan kontak rapat. Selebihnya iaitu 272 kes adalah dari lain-lain kategori.

Perincian Daerah