Perkembangan Jangkitan COVID-19 (06 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 1,199 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 19,282 kes. Hari ini satu (1) kes kematian dicatatkan iaitu di Daerah Sandakan. Takziah kepada keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 221 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala seramai 3,199 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 750 orang di hospital dan 2,449 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 70 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Beaufort dan Kota Marudu telah berubah dari zon merah ke zon jingga pada hari ini.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Keningau iaitu:

(i) Kluster Mempulut mencatatkan sebanyak 28 kes berkaitan dengan kenduri arwah.

Daripada 1,199 kes positif COVID-19 hari ini, sebanyak 556 kes adalah berpunca dari Kluster Pusat Tahanan Sementara Tawau dan Kluster Penjara Sandakan. Selebihnya iaitu 643 kes adalah dari lain-lain kategori.

Daerah Tawau merekodkan kes tertinggi sebanyak 467 kes. Daripada jumlah ini, 372 kes adalah dari Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau. Manakala, 63 kes daripada saringan kontak rapat, 27 kes daripada saringan komuniti, empat (4) daripada saringan bergejala dan satu (1) kes daripada saringan sebelum bekerja.

Daerah Sandakan pula, mencatatkan kes kedua tertinggi iaitu sebanyak 389 kes pada hari ini. Jumlah ini disumbang oleh Kluster Penjara Sandakan (184 kes), Kluster Mesra (44 kes), Kluster Ramai-Ramai (1 kes), Kluster Bomba  (1 kes), Saringan Kontak Rapat (131 kes), Saringan Komuniti (18 kes), Saringan Bergejala (6 kes), Saringan Kendiri (2 kes), Saringan pekerjaan (1 kes) dan Saringan Brought In Dead (BID) (1 kes).



Perincian Daerah