Perkembangan Jangkitan COVID-19 (05 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 564 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 18,083 kes. Kes kematian hari ini mencatatkan sebanyak 5 kes iaitu tiga (3) di Sandakan dan masing-masing satu (1) di Kota Kinabalu dan Tawau. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 473 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala seramai 3,257 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 734 orang di hospital dan 2,523 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang dan 17 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kinabatangan dan Ranau telah bertukar ke warna jingga pada hari ini. (Warna jingga merujuk kepada bilangan kes mencecah angka 21 hingga 40).


Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu iaitu:

(i) Kluster Sutera di Daerah Kota Kinabalu sebanyak 15 kes.
(ii) Kluster Ria 30 di Daerah Tuaran sebanyak sembilan (9) kes.

Daerah Sandakan mencatatkan sebanyak 120 kes pada hari ini. Daripada jumlah tersebut, 73 kes adalah daripada Kluster Penjara Sandakan.



Perincian Daerah