Perkembangan Jangkitan COVID-19 (04 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 646 kes. Jumlah kumulatif ialah sebanyak 16,841 kes. Kes kematian hari ini mencatatkan sebanyak 7 kes iaitu tiga (3) di Sandakan, dua (2) di Tawau dan masing-masing satu (1) di Kota Kinabalu dan Tuaran. Takziah kepada semua keluarga yang terlibat.

Pada hari ini, seramai 472 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala seramai 3,012 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 671 orang di hospital dan 2,341 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 73 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini tiada penambahan zon merah.

Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu iaitu:
(i) Kluster Dialisis Lahad Datu sebanyak 19 kes.
(ii) Kluster Penjara Sandakan sebanyak 39 kes.
(iii) Kluster Sepanggar sebanyak 7 kes.


Perincian Daerah