Perkembangan Jangkitan COVID-19 (03 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 hari ini di Negeri Sabah adalah sebanyak 678 kes. Kes kematian adalah sebanyak 12 kes iaitu sembilan (9) di Kota Kinabalu, masing-masing satu (1) di Kudat, Tawau dan di Sandakan. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 16,873 kes.

Pada hari ini, seramai 549 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital dan PKRC. Seramai 3,139 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 695 orang di hospital dan 2,444 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 79 orang manakala 21 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini tiada penambahan zon merah dan tiada kluster baharu dilaporkan.
Sebagaimana yang diramal sebelum ini, jumlah kes positif bagi kawasan Kota Kinabalu akan naik mendadak dalam beberapa hari kerana Kluster Pusat Tahanan Sementara, Menggatal. Hari ini, ia menjadi kenyataan apabila 229 dari 341 kes baharu di Kota Kinabalu datang daripada kluster ini iaitu 67.2%.  Sementara itu, kes positif bagi Kluster Penjara Kepayan juga bertambah 42 kes lagi pada hari ini.

Jumlah kapasiti katil keseluruhan di Hospital COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) ialah 8,241 katil. Bilangan katil di Hospital ialah 883 buah manakala di PKRC ialah 7,358 buah. Penggunaan katil keseluruhan pada hari ini adalah 38.08%.


Perincian DaerahPecahan 23 Oktober 2020