Perkembangan Jangkitan COVID-19 (02 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 503 kes. Dua (2) kes kematian dicatatkan iaitu masing-masing di Sandakan dan Kota Kinabalu.

Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 16,195 kes.

ada hari ini, seramai 3,155 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 698 orang di hospital dan 2,457 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 76 orang manakala 23 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini tiada penambahan zon merah.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di Daerah Tawau

(i) Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau mencatatkan sebanyak 104 kes hasil saringan tahanan.

Jumlah keseluruhan katil di Hospital COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) kekal 8,296 katil. Penggunaan katil keseluruhan pada hari ini adalah 38.03%.




Perincian DaerahPecahan 23 Oktober 2020