Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 November 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 644 kes. Tiada kematian dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 15,692 kes.

Pada hari ini, seramai 658 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital. Manakala seramai 3,061 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 641 orang di hospital dan 2,420 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 71 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini Daerah Beaufort bertukar ke zon merah dan tiada kluster baharu dilaporkan.

Bilangan kes positif harian COVID-19 di Daerah Sandakan mencatatkan jumlah yang tinggi berpunca dari saringan kontak rapat.

Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di Hospital COVID-19 dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 384 katil menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 8,296 katil. Penggunaan katil keseluruhan pada hari ini adalah 36.9%.

Bagi mengekang penularan wabak di Pusat Tahanan Sementara (PTS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah membuat kawalan jangkitan Pandemik ini di tiga PTS iaitu Tawau, Papar dan Kota Kinabalu. Bagi PTS Kota Kinabalu, saringan secara bersasar melibatkan sebahagian orang tahanan dan anggota keselamatan yang bertugas di PTS tersebut telah dibuat dan dikuarantinkan di kawasan PTS.




Perincian DaerahPecahan 23 Oktober 2020