Perkembangan Jangkitan COVID-19 (31 Oktober 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 529 kes. Tiada kematian dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 15,048 kes.

Pada hari ini, seramai 3,393 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 654 orang di hospital dan 2,739 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 71 orang manakala 16 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Hari ini Daerah Beaufort telah bertukar dari zon merah ke zon kuning dan tiada kluster baharu dilaporkan.

Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di Dewan Badminton Kompleks Sukan Keningau adalah sebanyak 20 buah menjadikan jumlah keseluruhan katil Hospital COVID-19 dan PKRC adalah sebanyak 7,912 katil. Penggunaan katil keseluruhan sehingga hari ini adalah 42.88%.

Jumlah kes Kluster Rumah Merah naik berganda sebanyak 111 kes pada hari ini berpunca dari saringan yang telah dilaksanakan ke atas dua (2) blok pusat tahanan sementara (PTS) Menggatal. Bilangan kes dijangka akan terus meningkat untuk tempoh beberapa hari lagi. Ini disebabkan PTS berkenaan mempunyai 10 blok dengan jumlah keseluruhan 1,706 orang tahanan.



Perincian DaerahPecahan 23 Oktober 2020