Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 Oktober 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 466 kes. Bilangan kematian adalah 3 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Negeri ini sebanyak 14,519 kes.
Pada hari ini, seramai 277 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,960 orang. Manakala seramai 3,873 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 751 orang di hospital dan 3,122 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 69 orang manakala 20 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).
Jumlah Kumulatif Kes Sembuh: 7,960 Pesakit
Jumlah Kumulatif Kes Positif: 14,519 Kes
Jumlah Pesakit Sedang Menerima Rawatan: 3,873 Pesakit
Jumlah Kes Positif Hari Ini: 466 Kes
Jumlah Pesakit Sembuh Hari Ini: 277
Jumlah Kematian Hari ini: 3 Kes
Hari ini daerah Tambunan telah bertukar ke zon kuning.
Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu di Kota Kinabalu iaitu:
(i) Kluster Sembulan sebanyak 12 kes berpunca daripada syarikat kurier.
(ii) Kluster Telipok sebanyak 10 kes yang berpunca daripada saringan pekerja kilang beras.
(iii) Kluster Rumah Merah sebanyak 57 Kes melibatkan penghuni pusat tahanan sementara di Menggatal
Jumlah penambahan kapasiti katil hari ini di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) adalah sebanyak 33 katil menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,892 katil. Penggunaan katil keseluruhan sehingga hari ini adalah 48.73%.



Perincian DaerahPecahan 23 Oktober 2020