Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 Oktober 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 352 kes. Tiada kematian dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 14,053 kes.

Pada hari ini, seramai 458 pesakit COVID-19 telah discaj / sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,683 orang. Manakala seramai 3,848 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 730 orang di hospital dan 3,118 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 72 orang manakala 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).


Jumlah Kumulatif Kes Sembuh: 7,683Pesakit
Jumlah Kumulatif Kes Positif: 14,053 Kes
Jumlah Pesakit Sedang Menerima Rawatan: 3,848 Pesakit
Jumlah Kes Positif Hari Ini: 352Kes
Jumlah Kematian Hari ini: 0 Kes

Hari ini daerah Tongod mencatatkan 1 kes dan bertukar ke zon kuning.

Pada hari ini, terdapat dua (2) kluster baharu iaitu:

(i) Kluster Sakti di daerah Lahad Datu sebanyak tujuh (7) kes. Ini merupakan kluster di kilang sawit.

(ii) Kluster Tuguson di daerah Kota Belud sebanyak empat (4) kes yang berpunca daripada Majlis Serah Tugas.


Perincian Daerah
Pecahan 23 Oktober 2020