Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Oktober 2020)

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 di Negeri Sabah pada hari ini adalah sebanyak 546 kes. Bilangan kematian adalah 7 orang. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 13,701 kes. Sehingga hari ini, seramai 7,225 pesakit dilaporkan telah sembuh. Manakala, seramai 3,796 pesakit sedang menerima rawatan.

Jumlah Kumulatif Kes Sembuh: 7,225 Pesakit
Jumlah Kumulatif Kes Positif: 13,701 Kes
Jumlah Pesakit Sedang Menerima Rawatan: 3,796 Pesakit
Jumlah Kes Positif Hari Ini: 546 Kes
Jumlah Kematian Hari ini: 7 Kes
Hari ini tiada penambahan zon merah.

Pada hari ini, terdapat satu (1) kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Sri Gaya sebanyak 11 kes berpunca dari berkumpul semasa acara nikah.
Saringan banduan Kluster Penjara Kepayan telah selesai sepenuhnya. Jumlah yang telah disaring ialah seramai 2,701 orang. Kumulatif kes positif adalah sebanyak 1,652 orang melibatkan 1,212 warganegara dan 440 bukan warganegara.

Sebanyak tiga (3) lokaliti baharu di Kudat akan dilaksanakan PKPD selama dua (2) minggu bermula daripada 30 Oktober 2020 sehingga 12 November 2020.
Tiga (3) lokaliti tersebut ialah Kg. Pengaraban, Kg. Tg Kapor dan Kg. Landung Ayang.

Perincian Daerah


Pecahan 23 Oktober 2020