Perkembangan Jangkitan COVID-19 (01 Julai 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 232 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,677 kes. Lima (5) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Kota Kinabalu dan tiga (3) kes di Kudat. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 188 menjadikan jumlah kumulatif 67,444 orang. Seramai 1,528 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 405 orang di hospital, 1008 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 115 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 68 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Pitas berubah dari zon kuning ke zon jingga.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan 10 kes iaitu daripada 242 kes semalam (30 Jun 2021) kepada 232 kes (01 Julai 2021).
  • Daripada 232 kes jangkitan baharu hari ini, 131 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 29 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 24 kes daripada saringan bersasar dan 32 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Enam (6) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala empat (4) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu (-74), Penampang (-17), Kunak (-12) dan Kuala Penyu (-10).
  • Walau bagaimanapun, 10 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala lima (5) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kudat 34 kes (+27), Sandakan 27 kes (+24), Tawau 36 kes (+16), Putatan 16 kes (+16) dan Pitas 16 kes (+15).
  • Pada hari ini, 10 daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Penampang, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah sembilan (9) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, (10) daerah mencatatkan kenaikan kes, (10) daerah mencatatkan penurunan kes, tujuh (7) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam, (10) daerah mencatatkan sifar (0) kes, satu (1) daerah (Beluran) Zon Hijau, dan satu (1) kluster baru iaitu Kluster Nahaba 2 Kota Belud sembilan (9) kes, dua (2) kluster dengan catatan aktif iaitu Kluster Serudung Baru (13 kes) dan Kluster Nahaba 2 sembilan (9) kes, menjadikan kumulatif Saringan Kluster Baru dan Sedia Ada sebanyak (29) kes.
  • Setakat ini hanya satu (1) daerah Zon Hijau dan dengan dominasi pada kumulatif kes COVID-19 hari ini daripada Saringan Kontak Rapat sebanyak (131) kes, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Nahaba 2 - Kota Belud
melibatkan jangkitan dalam komuniti yang disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kg Nahaba pada 11 Jun 2021. Kes indeks adalah lelaki, 57, yang bergejala demam sejak 14 Jun 2021 sebelum disahkan positif COVID-19 di Hospital Kota Belud pada 20 Jun 2021. Pengesanan secara aktif dan saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mendapati 26 lagi kes positif. Ia termasuk sembilan (9) kes baharu, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 27 kes. Semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Kota Belud, Hospital Queen Elizabeth dan PKRC Kota Belud. Dalam pada itu, semua kontak rapat juga telah diarahkan kuarantin untuk pengasingan.