Perkembangan Jangkitan COVID-19 (30 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 242 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,445 kes. Tiga (3) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Kota Belud dan satu (1) kes di Tawau. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 187 menjadikan jumlah kumulatif 67,256 orang. Seramai 1,508 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 444 orang di hospital, 948 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 116 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 70 orang dan 17 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Tiada pertambahan zon merah dicatatkan hari ini.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan 64 kes iaitu daripada 178 kes semalam (29 Jun 2021) kepada 242 kes (30 Jun 2021).
  • Daripada 242 kes jangkitan baharu hari ini, 115 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 94 kes adalah daripada saringan kluster, 14 kes adalah daripada saringan bergejala, lapan (8) kes daripada saringan bersasar dan 11 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 99 kes (+67), Kunak 20 kes (+17), Penampang 17 kes (+13) dan Kuala Penyu 10 kes (+10). Daerah Kalabakan kekal catatan kes baharu sebagaimana hari semalam iaitu dengan empat (4) kes.
  • Walau bagaimanapun, 10 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. Lapan (8) daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala dua (2) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Putatan (-20) dan Semporna (-12).
  • Pada hari ini, sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes Beluran, Telupid, Kinabatangan, Tongod, Ranau, Putatan, Sipitang, Tenom dan Tambunan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah tujuh (7) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, (11) daerah mencatatkan kenaikan kes, (10) daerah mencatatkan penurunan kes, enam (6) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam lima (5) daerah sifar (0) kes, sembilan (9) daerah mencatatkan sifar (0) kes, (1) daerah (Beluran) Zon Hijau, dan satu (1) kluster baru iaitu Kluster Limbawang, Beaufort dua (2) kes, enam (6) kluster dengan catatan aktif iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (51 kes), Kluster Tanjung Aru Baru lima (5) kes, Kluster Ocean Blue lima (5) kes, Kluster Coral lima (5) kes, Kluster Linau Kumpang lima (5) kes dan Kluster Jalan Bundusan lima (5) kes, menjadikan kumulatif Saringan Kluster Baru dan Sedia Ada sebanyak (94) kes.
  • Terdapat (99) kes dilaporkan di Kota Kinabalu dengan (66) kes daripadanya adalah dari Saringan Kluster, dan dengan jumlah hanya satu (1) daerah Zon Hijau serta jumlah catatan (115) kes daripada Saringan Kontak Rapat sangat signifikan kepada masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Limbawang - Beaufort
melibatkan penularan jangkitan dalam komuniti ekoran majlis pengebumian di Kg Gelilia Padas Damit pada 20 Jun 2021. Kluster ini dikesan apabila kes indeks, lelaki, 35, dari Kg Kelabu disahkan positif ujian RTK-Ag di Klinik Kesihatan Padas Damit pada 21 Jun 2021, setelah mengalami gejala demam sejak 19 Jun 2021. Saringan kontak rapat masing-masing mendapati empat (4) kes positif dalam kalangan ahli keluarga dan tetamu majlis terbabit. Terdapat bukti penularan menerusi kontak sosial yang melibatkan ahli keluarga di empat lokaliti berbeza sekitar mukim Limbawang. Daripada 160 kontak yang disaring, 21 individu dikesan positif termasuk dua (2) kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kluster ini ialah 30 kes