Perkembangan Jangkitan COVID-19 (29 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 178 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,203 kes. Empat (4) kes kematian direkodkan hari ini iaitu dua (2) kes di daerah Tawau, satu (1) kes di Kudat dan satu (1) kes di Kota Belud. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 219 menjadikan jumlah kumulatif 67,069 orang. Seramai 1,571 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 466 orang di hospital, 988 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 117 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 71 orang dan 16 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Tongod berubah dari zon jingga ke zon kuning, daerah Nabawan berubah dari zon merah ke zon jingga manakala daerah Semporna berubah dari zon jingga ke zon merah.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan penurunan 80 kes iaitu daripada 258 kes semalam (28 Jun 2021) kepada 178 kes (29 Jun 2021).
  • Daripada 178 kes jangkitan baharu hari ini, 102 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 42 kes adalah daripada saringan kluster, 17 kes adalah daripada saringan bergejala, dua (2) kes daripada saringan bersasar dan 15 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 14 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes. 10 daerah mencapai penurunan kes dengan julat satu (1) angka, manakala empat (4) daerah lagi menunjukkan penurunan pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu (-39), Kudat (-27), Tawau (-25) dan Keningau (-14).
  • Walau bagaimanapun, lapan (8) daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan lima (5) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala tiga (3) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Putatan 20 kes (+18), Semporna 19 kes (+12) dan Tuaran 12 kes (+12).
  • Pada hari ini, tujuh (7) daerah mencatatkan sifar (0) kes iaitu Beluran, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah tujuh (7) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, lapan (8) daerah mencatatkan kenaikan kes, (14) daerah mencatatkan penurunan kes, lima (5) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam, tujuh (7) daerah mencatatkan sifar (0) kes, satu (1) daerah (Beluran) Zon Hijau, dan satu (1) kluster baru iaitu Kluster Muhibbah Menggatal enam (6) kes, dua (2) kluster dengan catatan aktif iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (25 kes) dan Kluster Muhibbah Menggatal enam (6) kes, menjadikan kumulatif Saringan Kluster Baru dan Sedia Ada sebanyak (42) kes.
  • Dengan jumlah hanya satu (1) daerah Zon Hijau dan jumlah catatan (102) kes daripada Saringan Kontak Rapat sangat signifikan kepada masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.

Satu (1) kluster baharu direkodkan hari ini.

Kluster Muhibbah Menggatal - Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang
melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Darat Kota Kinabalu dan turut merekodkan penularan di tiga buah daerah iaitu Kota Kinabalu, Tuaran serta Penampang. Kes indeks merupakan pemandu lelaki, 49, di salah sebuah badan berkanun di pusat bandaraya yang disahkan positif COVID-19 melalui saringan bergejala di Klinik Kesihatan Menggatal pada 20 Jun 2021. Aktiviti pengesanan kontak serta saringan secara bersasar di lokaliti terbabit yang dijalankan Pasukan Kawalan JKNS kemudiannya mendapati 40 lagi kes positif termasuk enam (6) kes baharu pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini sebanyak 41 kes. Berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan berkemungkinan merebak dalam komuniti kampung berkenaan. Saringan bersasar dan siasatan lanjut masih giat dijalankan.