Perkembangan Jangkitan COVID-19 (28 Jun 2021)

Perincian DaerahBerdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 258 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 69,025 kes. Tiada kes kematian direkodkan hari ini.

Jumlah pesakit COVID-19 discaj dari hospital / sembuh 169 menjadikan jumlah kumulatif 66,850 orang. Seramai 1,539 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 440 orang di hospital, 983 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam manakala 116 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara. Bilangan pesakit dalam ICU pula ialah 67 orang dan 18 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Semporna berubah dari zon merah ke zon jingga, Sipitang dari zon jingga ke zon kuning, manakala daerah Tenom dari zon hijau ke zon kuning.

ℹ Analisa Kes COVID-19 Di Sabah

  • Pada hari ini, jumlah kes positif COVID-19 di Sabah mencatatkan peningkatan 68 kes iaitu daripada 190 kes semalam (27 Jun 2021) kepada 258 kes (28 Jun 2021).
  • Daripada 258 kes jangkitan baharu hari ini, 93 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 99 kes adalah daripada saringan kluster, 16 kes adalah daripada saringan bergejala, 36 kes daripada saringan bersasar dan 14 kes adalah daripada lain-lain kes.
  • 11 daerah mencatatkan peningkatan kes hari ini dengan tujuh (7) daerah mencatatkan peningkatan kes pada julat satu (1) angka, manakala empat (4) lagi daerah lain mencatatkan peningkatan kes pada julat dua (2) angka iaitu Kota Kinabalu 71 kes (+33), Kinabatangan 11 kes (+11), Tawau 43 kes (+31) dan Keningau 23 kes (+12).
  • Walau bagaimanapun, 12 daerah di Negeri Sabah mencatatkan penurunan kes pada julat satu (1) angka.
  • Pada hari ini, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes Beluran, Telupid, Kunak, Tongod, Ranau, Tuaran, Sipitang dan Nabawan.
  • Ringkasan data keseluruhan pada hari ini ialah tujuh (7) daerah mencatatkan kes pada julat dua (2) angka manakala daerah lain hanya pada julat satu (1) angka, (11) daerah mencatatkan kenaikan kes, (12) daerah mencatatkan penurunan kes, empat (4) daerah kekal sebagaimana catatan hari semalam, lapan (8) daerah mencatatkan sifar (0) kes, satu (1) daerah (Beluran) sebagai Zon Hijau, dan enam (6) kluster dengan catatan aktif iaitu Kluster Tembok Kota Kinabalu (27 kes), Kluster Kuarters Bata Durok (23 kes), Kluster Serudung Baru (15 kes), Kluster Paris Tiga (11 kes), Kluster Kebayau enam (6) kes dan Kluster Brumas Camp lima (5) kes, yang merupakan sebahagian dari kumulatif saringan kluster sedia ada sebanyak (99) kes.
  • Setakat ini, Daerah Zon Hijau hanya tinggal satu (1), dan dengan jumlah catatan sebanyak (93) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.
  • Orang ramai digesa untuk kekal berada di rumah dan bagi mereka yang bekerja, hadkan pergerakan kerana kebergantungan penurunan kes atau jangkitan baharu adalah sangat dipengaruhi oleh sejauh mana komuniti mematuhi SOP Kendiri dan SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri..

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.